Westbrook, Harden bantu Rockets menang ke atas Bucks

MIAMI, 3 OGOS – Russell Westbrook menjaringkan 31 mata dan James Harden menambah 24 mata kelmarin untuk menjulang Houston Rockets menewaskan Milwaukee 120-116 meskipun ia merupakan hari terbesar buat Giannis Antetokounmpo.

Bucks mendahului 112-104 selepas jaringan 3 mata Khris Middleton dengan masa perlawanan berbaki 3:14, tetapi Houston merapatkan jurang mata dengan 16-4.

“Ia sangat hebat,” kata Westbrook. “Kami menang dalam perlawanan ini. Kami berjaya mengharungi rintangan. Kesemua pemain dalam bilik lokar tampil untuk bermain 48 minit perlawanan.”

Rockets mengutip 21 dari 61 percubaan 3 mata, menyamai rekod NBA bagi percubaan 3 mata tertinggi oleh sesebuah pasukan sebelum perlawanan masa tambahan, dengan Danuel House menjaringkan empat kali dan Harden antara lima pemain yang berjaya menjaringkan tiga mata.

“Kami mesti membaca perlawanan dengan baik dan mempercayai rakan sepasukan kami dan itu yang saya cuba lakukan sepanjang perlawanan,” kata Westbrook. Rockets bangkit dari ketinggalan tujuh mata dalam minit terakhir untuk menewaskan Dallas Jumaat lalu. – AFP

Aksi Russell Westbrook cuba untuk melakukan jaringan semasa perlawanan menentang Milwaukee Bucks. – AP