Westbrook positif dijangkiti COVID-19

LOS ANGELES, 14 JULAI – Bintang NBA Russell Westbrook mendedahkan bahawa dia telah disahkan positif COVID-19 kelmarin ketika liga bersedia untuk kembali di Florida hujung bulan ini.

Bintang Houston Rockets, Westbrook, yang dinobatkan sebagai Pemain Paling Berharga 2017 dan salah seorang nama besar dalam NBA, berkata dalam kenyataan bahawa dia rasa sangat baik dan kini dalam menjalani pengasingan diri.

“Saya telah diuji positif COVID-19 sebelum pasukan saya berlepas ke Orlando,” Westbrook berkata menerusi Twitter.

“Sekarang ini saya merasa sangat baik, menjalankan kuarantin dan tidak sabar untuk kembali bersama rakan sepasukan saya apabila saya sembuh. Terima kasih kepada semua atas doa dan sokongan yang berterusan,” pemain berusia 31 tahun itu menambah.

“Sila ambil berat mengenai virus ini. Jaga keselamatan. Pakai penutup mulut dan hidung!”

Pemain bintang Houston Rockets, Russell Westbrook mendedahkan bahawa dia disahkan dijangkiti COVID-19 menerusi Twitternya. – AFP

Westbrook adalah antara beberapa orang pemain Rockets yang tidak membuat perjalanan ke Orlando, di mana NBA akan menyambung semula musimnya pada 30 Julai nanti selepas empat bulan digantung akibat pandemik koronavirus.

Bintang lain yang tidak membuat perjalanan adalah James Harden dan pemain kebangsaan Cameroon, Luc Mbah a Moute, meskipun pasukan tersebut tidak menyatakan sebarang sebab mengapa mereka membuat perjalanan tersebut.

Jurulatih Rockets, Mike D’Antoni berkata Ahad lalu bahawa Westbrook, Harden dan Mbah a Moute ‘sedang melakukan kerja mereka dari rumah’.

“Kami akan menjangkakan mereka akan kembali dalam beberapa hari,” D’Antoni berkata. “Kita tidak mengetahui, tetapi kami merasakan mereka akan kembali pada pertengahan minggu.”

D’Antoni tidak memberikan sebarang komen mengenai mengapa pemain-pemain tersebut tidak membuat perjalanan ke Orlando. – AFP