Westbrook sumbang 650 komputer

LOS ANGELES, 14 APRIL – Bintang Houston Rockets, Russell Westbrook telah memberikan sumbangan 650 buah komputer kepada kanak-kanak yang memerlukan peralatan tersebut dengan sekolah-sekolah telah ditutup disebabkan oleh COVID-19.

Yayasan Westbrook’sWhy Not? bekerjasama dengan Comp-U-Dopt untuk membekalkan komputer kepada kanak-kanak yang tidak mempunyai akses kepada komputer. “Hadiah sumbangan dari yayasan Russell Westbrook Why Not? akan memberikan kami untuk meningkatkan inventori kami dan memastikan kami boleh terus merapatkan jurang keluarga-keluarga di Houston yang memerlukan,” CloinDempsey dari Copm-U-Dopt berkata.

“Seorang daripada tiga orang pelajar kurang bernasib baik dari segi kewangan di kawasan yang mempunyai kekurangan akses kepada komputer di rumah di Houston. Dengan penularan COVID-19, dan penutupan sekolah, terdapat keperluan segera untuk mendapatkan lebih banyak komputer untuk pelajar dan keluarga yang tidak mempunyai akses di rumah.”

Comp-U-Dopt telah memberikan hampir 1,000 buah komputer kepada keluarga di Houston sejak 18 Mac lalu.. – AFP

Westbrook bekerjasama dengan Comp-U-Doptuntuk memberikan sumbangan 650 buah komputer kepada kanak-kanak yang memerlukan. – AFP