Friday, April 19, 2024
29.4 C
Brunei

    -

    Westlife bakal kembali ke Malaysia

    Kumpulan pop popular Westlife bakal kembali ke Kuala Lumpur pada Februari tahun depan dalam siri konsert jelajah ‘The Wild Dreams Tour’.

    Konsert ini bakal berlangsung selama dua hari pada 23 dan 24 Februari 2023 di Axiata Arena, Bukit Jalil Kuala Lumpur.

    Weslife menerusi satu kenyataan turut berkongsi keterujaan untuk bertemu dengan peminat di seluruh Asia, termasuklah di Singapura, Taiwan dan Bangkok.

    “Kami sangat teruja untuk me- ngumumkan bahawa tiket konsert di Singapura kini sudah mula dijual dan telah menambah tarikh baharu di Kuala Lumpur, Kaohsiung dan Bangkok!”

    “Kami tidak sabar untuk berjum-pa awda tidak lama lagi,” tulis mereka di laman Twitter.

    Peminat boleh mendapatkan tiket secara atas talian bermula 11 Oktober pukul 11 pagi.

    Sementara itu, tiket pra-jualan akan mula dibuka pada 10 Oktober 2022 pada pukul 11 pagi di Main Atrium, Lalaport BBCC.

    Westlife dianggotai oleh Nicky Byrne, Kian Egan, Shane Filan dan Mark Feehily yang popular menerusi lagu My Love, Flying Without Wings, If I Let You dan banyak lagi.

    Kali terakhir Westlife menganjurkan konsert di Malaysia tiga tahun lalu menerusi ‘The Twenty Tour 2019 LIVE in Kuala Lumpur’ yang dihadiri 14,000 penonton yang membanjiri Stadium Malawati, Shah Alam. – Agensi

    Westlife menerusi satu kenyataan turut berkongsi keterujaan untuk bertemu dengan peminat di seluruh Asia. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...