LOS ANGELES, 7 OKT – Weston McKennie akan kembali beraksi untuk Amerika Syarikat (AS) dalam perlawanan kelayakan Piala Dunia 2022 menentang Jamaica esok, sebulan setelah disingkirkan dari skuad kerana melanggar protokol COVID-19, jurulatih AS, Gregg Berhalter mengumumkan.
Pemain tengah Juventus, McKennie digugurkan dari skuad bulan lalu selepas perlawanan seri 1-1 dengan Kanada sebelum dikeluarkan dari skuad untuk perlawanan berikutnya di Honduras kerana perlanggaran disiplin.
Bagaimanapun, jurulatih AS, Berhalter memberitahu wartawan dalam panggilan persidangan kelmarin bahawa McKennie akan kembali dalam kesebelasan utama untuk kelayakan CONCACAF menentang Jamaica di Austin, Texas.
“Weston akan memulakan perlawanan esok,” kata Berhalter. “Dia fokus datang minggu ini. Kami pasti tidak akan menentangnya.
“Apakah dia harus membangun kembali kepercayaan dengan menunjukkan bahawa dia adalah pemimpin yang kita harapkan? Tentu saja. Tetapi tidak ada yang menentangnya.”
Berhalter berkata, pengendalian kes McKennie yang berusia 23 tahun mencerminkan cabaran menguruskan salah satu pasukan termuda AS dalam sejarah.
“Kami berurusan dengan pemain muda di sini dan ada saat-saat ketika kesilapan akan dilakukan. Dan sebahagian dari proses itu adalah belajar dari kesilapan awda,” kata Berhalter. – AFP