WFP agih makanan untuk kanak-kanak di Afghanistan

KABUL, 6 OKT – Program Makanan Dunia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (WFP) di Afghanistan mengagihkan makanan kepada ribuan kanak-kanak Afghanistan di tengah peningkatan masalah keselamatan makanan di negara itu, lapor agensi berita Xinhua.

“Dalam seminggu lepas, WFP telah mengedarkan makanan yang berkhasiat untuk membantu mengatasi kekurangan zat kepada lebih 6,500 kanak-kanak di bawah umur lima tahun di negara ini.

“Tubuh badan dan minda yang sihat dapat membantu membentuk masyarakat berkua-liti dan masa depan yang cerah,” memetik Twitter WFP hari ini.

Menurut WFP, pihaknya memerlukan AS$200 juta untuk memastikan bantuan terus dapat disalurkan sehingga hujung tahun.

Lebih separuh daripada 30 juta penduduk negara ini hidup di bawah paras kemiskinan dan masalah keselamatan makanan semakin meningkat, sebahagian besarnya disebabkan oleh kon-flik dan kemarau. – Bernama