WFP: Bantuan di Korea U mungkin dihentikan

SEOUL, 23 FEB – Sekatan ketat koronavirus yang dilaksanakan oleh Korea Utara boleh memaksa Program Makanan Dunia (WFP) untuk menghentikan operasi di negara itu, di mana zat makanan kronik akan berkurangan, menurut laporan di laman web organisasi PBB hari ini.

Negara miskin – yang berada di bawah sekatan antarabangsa kerana senjata nuklear dan program peluru berpandu balistiknya – telah lama berjuang unttuk program makanannya sendiri, sekali gus berdepan kesukaran untuk mendapatkan makanan.

WFP setakat ini merupakan operasi bantuan antarabangsa terbesar di negara ini dan menyediakan makanan khusus kepada sekitar satu juta wanita hamil, ibu dan anak yang menyusu setiap bulan, menurut laman webnya.

Sekatan telah lama menyukarkan usaha bantuan tetapi WFP mengatakan sekatan koronavirus yang dilakukan sendiri oleh Korea Utara menimbulkan masalah baharu untuk kerja-kerja bantuan. Korea Utara menutup sempadannya pada Januari tahun lalu – negara pertama di dunia yang melakukannya – untuk melindungi dirinya daripada virus yang pertama kali merebak di negara jiran China. – AFP