WFP rancang salur bantuan kemanusiaan

BEIRUT, 12 NOV – Program Makanan Sedunia (WFP) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) merancang menyediakan bantuan kemanusiaan bernilai AS$60 juta hingga AS$65 juta untuk disalurkan kepada 800,000 rakyat Lubnan.

Pengarah Eksekutif WFP David Beasley yang mengesahkan perkara itu berkata pihaknya berharap bantuan tersebut dapat disalurkan dalam tempoh dua bulan.

Beliau berkata bahawa pihaknya sentiasa berhubung dengan negara penderma dalam usaha untuk meningkatkan sumbangan kewangan.

David Beasley dan delegasinya mengadakan pertemuan dengan Presiden Lubnan Michel Aoun di Istana Presiden Baabda, di Beirut, lapor agensi Anadolu (AA), memetik agensi berita rasmi Lubnan, NNA. – Bernama