WHA tolak usul Taiwan sebagai pemerhati

BEIJING, 25 MEI – Jawatankuasa Am dan Sidang Pleno Perhimpunan Kesihatan Sedunia (WHA) pada semalam menolak usul mempelawa Taiwan sebagai pemerhati bagi WHA.

Keputusan itu secara tidak langsung menandakan WHA telah menolak usul berkenaan untuk tempoh lima tahun berturut-turut dan membuktikan pentingnya prinsip ‘Satu China.’

Ketua Misi China ke Pejabat Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), Chen Xu menegaskan, Taiwan adalah sebahagian dari wilayah China dan tidak boleh dipisahkan.

“Usul berkenaan melanggar Piagam PBB, di samping melanggar Undang-undang Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan Peraturan Perbincangan WHA.” – Bernama