Thursday, April 25, 2024
27.9 C
Brunei

    -

    WhatsApp boleh sembunyikan status ‘online’

    NEW YORK, 10 OGOS – Aplikasi WhatsApp mengumumkan beberapa kemas kini baharu hari ini, membabitkan privasi aplikasi itu termasuk pengguna boleh membaca mesej diterima tanpa mendedahkan ia sudah dibaca atau belum.

    Platform itu juga tidak lama lagi akan membenarkan pengguna menentukan siapa boleh melihat apabila mereka sedang ‘online’ dan menghalang orang lain melakukan tangkap layar terhadap mesej pengguna.

    Malah, satu ciri lain turut diperkenalkan apabila pengguna selepas ini boleh keluar dari kumpulan mereka secara senyap tanpa ada tulisan ‘left’ yang menunjukkan pengguna sudah keluar kumpulan, menurut laporan CNN.

    Mengumumkan perubahan itu di Facebook dan Instagramnya, Ketua Pegawai Eksekutif, Mark Zuckerberg, berkata syarikat itu akan ‘terus membina cara baharu untuk melindungi mesej awda dan memastikannya selamat seperti perbualan bersemuka.’

    Untuk rekod, WhatsApp mempunyai lebih daripada 2 bilion pengguna di seluruh dunia dan dimiliki oleh syarikat induk Facebook (FB) Meta. – Agensi

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gangguan bekalan elektrik, pelepasan air terawat Fukushima digantung

    TOKYO, 24 APRIL - Pelepasan air sisa terawat ke lautan dari loji nuklear Fukushima yang rosak telah digantung hari ini berikutan gangguan bekalan elektrik...