WhatsApp didenda AS$267 juta langgar undang-undang privasi

DUBLIN, 2 SEPT – Ireland hari ini mengenakan denda berjumlah 225 juta euro ke atas perkhidmatan mesej milik Facebook, WhatsApp kerana melanggar undang-undang privasi data EU selepas pengawal atur Eropah menuntut penalti tersebut dinaikkan.

Ireland telah meminta untuk ‘menilai semula dan meningkatkan denda yang dicadangkannya berdasarkan beberapa faktor…dan susulan penilaian semula itu DPC telah mengenakan denda 225 juta euro ke atas WhatsApp,” kata Suruhanjaya Perlindungan Data Ireland (DPC).

Denda yang bersamaan dengan AS$267 juta itu telah dijatuhkan oleh DPC ketika negara itu menjadi tuan rumah kepada ibu pejabat-ibu pejabat Facebook di Eropah.

Ketika Ireland menempatkan ibu pejabat-ibu pejabat serantau beberapa pemain teknologi besar seperti Apple, Google dan Twitter, DPC yang sebahagian besarnya bertanggungjawab atas dasar pematuhan kepada piagam hak asasi data GDPR, EU.

Agensi tersebut telah melancarkan siasatan ke atas WhatsApp pada Disember 2018 untuk memastikan sama ada aplikasi mesej itu telah ‘melaksanakan kewajipan ketelusan GDPRnya’ berhubung pemakluman kepada pengguna bagaimana data mereka akan digunakan.

Ini termasuk maklumat yang disediakan tentang pemprosesan maklumat antara WhatsApp dan syarikat-syarikat Facebook lain.

DPC menyerahkan keputusan awalnya kepada pengawal atur Eropah lain (CSA) – yang kelulusannya adalah diperlukan – pada Disember 2020 namun menerima bantahan oleh lapan daripada mereka. – AFP