Sunday, March 23, 2025
28.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Whitmarsh: Satu langkah ke depan

    LONDON, 26 Jan – Berakhirnya kepimpinan selama empat dekad Bernie Ecclestone dari Formula Satu akan menyaksikan sukan itu kembali menghasilkan persembahan yang lebih menghiburkan, bekas ketua eksekutif McLaren, Martin Whitmarsh (gambar) memberitahu AFP semalam.

    Masa Ecclestone sebagai ketua litar Grand Prix berakhir pada Isnin lalu apabila Liberty Media yang berpangkalan di AS melengkapkan pengambilalihan jenama sukan bermotor yang berprestij itu dengan nilai persetujuan sekitar AS$8 bilion.

    Whitmarsh, yang menghabiskan masa selama 24 tahun bersama pasukan McLaren dalam Formula Satu sebelum meletakkan jawatan pada 2014, berkata pemergian Ecclestone itu berakhirnya satu era tetapi yang sesuai bagi sukan itu untuk menghasilkan semula tenaga sendirinya.

    “Ia berakhirnya satu era tetapi ia adalah langkah ke depan,” Whitmarsh, yang sekarang adalah Ketua Eksekutif bagi Ben Ainslie Racing, memberitahu AFP ketika mendedahkan persetujuan rangka kerja yang baru The Americas Cup bagi perahu layar.

    “Saya mungkin musuh nombor satu Bernie pada satu ketika (Whitmarsh adalah Presiden Persekutuan Pasukan Formula Satu pada 2010) tetapi anda perlu menyukai lelaki itu dan menghormati apa yang telah dilakukannya.

    “Dia memiliki kebijaksanaan tertentu dan karisma serta seorang individu yang luar biasa. Dia layak menerima pujian yang banyak bagi apa yang telah dicapainya.”

    Dalam mana-mana perniagaan terdapat satu masa apabila perubahan diperlukan,” katanya.

    “Ia begitu jelas sesuatu akan berlaku. Seseorang yang berkata ia adalah perkembangan yang mengejutkan tidak menyaksikan apa yang berlaku.

    “Ia jelas beberapa tahun lalu, ia akan berlaku dan begitu juga dengan beberapa bulan lalu. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda