WHO: 23 juta kanak-kanak terlepas vaksinasi rutin

GENEVA, 15 JULAI – Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) kelmarin memberi amaran mengenai ‘keadaan buruk yang tidak dapat dielak’ akan berlaku, dengan peningkatan pandemik menggegaskan akses bagi mendapatkan vaksin rutin, menyebabkan jutaan kanak-kanak berisiko mengalami penyakit campak atau penyakit maut yang lain.

Kira-kira 23 juta orang kanak-kanak terlepas temu janji vaksin rutin tahun lalu, ketika rutin perkhidmatan kesihatan terjejas di seluruh dunia disebabkan oleh sekatan yang bertujuan untuk mengawal COVID-19 dan kebanyakan ibu bapa menjauhi klinik yang dibuka kerana khuatir terdedah kepada jangkitan virus.

Ia menandakan jumlah tertinggi dalam tempoh lebih satu dekad dan 3.7 juta lebih tinggi berbanding 2019, menurut data diterbitkan kelmarin oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan agensi kanak-kanak PBB, UNICEF.

Dan penurunan ketara dalam rutin vaksinasi di kebanyakan negara yang mula melonggarkan sekatan meskipun pandemik masih belum berakhir.

Ini bukan sahaja menyebabkan potensi peningkatan jangkitan COVID-19, tetapi ia juga menyebabkan penyakit yang boleh dicegah oleh vaksin kembali merebak.

Ini kerana sekatan di kebanyakan negara sehingga kini masih memberikan kesan yang kurang bagi melindungi kanak-kanak yang belum menerima vaksin daripada terdedah kepada penyakit.

“Pada 2021, kami berkemungkinan mengharungi keadaan buruk yang tidak dapat dielak akan berlaku,” kata Kate O’Brien, ketua jabatan vaksin dan imunisasi WHO memberitahu wartawan. – AFP

WHO menyatakan kira-kira 23 juta orang kanak-kanak telah terlepas temu janji vaksin rutin tahun lalu menyebabkan mereka berisiko mengalami penyakit campak atau penyakit maut yang lain.- AP