WHO beri amaran dunia cipta ‘resipi toksik’ varian baharu

GENEVA, 2 DIS – Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengeluarkan amaran mengenai bahaya sikap tidak acuh vaksinasi dan Kesatuan Eropah (EU) melaksanakan vaksin mandatori ketika Amerika Syarikat melaporkan kes pertama strain Omicron.

Menurut WHO, gabungan liputan vaksinasi rendah dengan saringan sangat rendah bagi mengesan virus menyumbang kepada kemunculan varian baharu di seluruh dunia.

“Seluruh dunia, kita mempunyai campuran bertoksik liputan vaksinasi dengan saringan sangat rendah – resipi untuk membiakkan dan menguatkan varian,” kata Ketua WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus kelmarin, sambil mengingatkan dunia yang varian Delta ‘menjadi kebanyakan kes’.

“Kita perlu menggunakan alat yang sudah kita ada untuk mencegah jangkitan dan menyelamatkan nyawa daripada Delta. Dan jika kita melakukannya, kita juga akan dapat mencegah jangkitan dan menyelamatkan nyawa daripada Omicron.”

WHO berkata ia akan mengambil masa beberapa minggu untuk memahami sama ada atau tidak Omicron mudah berjangkit dan sama ada ia mengakibatkan lebih banyak penyakit teruk – serta bagaimana berkesannya rawatan ketika ini dan vaksin menentangnya. – AFP