Wednesday, April 24, 2024
29.7 C
Brunei

    -

    WHO beri amaran ‘epidemik’ obesiti di Eropah

    COPENHAGEN, 3 MEI – Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) berkata hari ini ‘epidemik’ kadar berat badan berlebihan dan obesiti dikaitkan dengan lebih 1.2 juta kematian setahun di seluruh Eropah, menggesa perubahan dasar dilakukan serta-merta untuk mengatasi trend tersebut.

    Kadar obesiti di rantau itu telah meningkat sebanyak 138 peratus dalam tempoh lima dekad lalu, kata WHO dalam satu laporan baharu, dan dikaitkan dengan beberapa siri penyakit kanser dan jantung.

    Hampir satu perempat orang dewasa kini obes di Eropah, lebih tinggi daripada mana-mana rantau lain kecuali Amerika Syarikat, menurut WHO.

    “Kadar berat badan berlebihan dan obesiti telah mencecah kadar epidemik di seluruh rantau dan masih meningkat,” kata pejabat badan kesihatan di Eropah.

    “Indeks jisim badan yang meningkat merupakan faktor risiko utama untuk penyakit tidak berjangkit, termasuk kanser dan penyakit jantung,” pengarah serantau WHO, Hans Kluge dipetik sebagai berkata dalam laporan.

    Obesiti mengakibatkan sekurang-kurangnya 13 jenis kanser berlainan dan mungkin bertanggungjawab terhadap sekurang-kurangnya 200,000 kes kanser setahun, katanya.

    “Angka ini dijangka naik seterusnya pada tahun-tahun akan datang,” kata pertubuhan dalam laporan baharu.

    Berat badan berlebihan dan obesiti dianggarkan membawa kepada lebih 1.2 juta kematian setahun, menyumbang kepada lebih 13 peratus daripada kematian di rantau itu, tambahnya.

    Data terbaharu menunjukkan 59 peratus daripada orang dewasa dan hampir satu dalam tiga kanak-kanak mempunyai berat badan berlebihan di Eropah. – AFP

    Kadar obesiti di ERopah telah meningkat 138 peratus dalam tempoh lima dekad lalu, kata WHO dalam satu laporan baharu, dan dikaitkan dengan beberapa penyakit kanser dan jantung.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Korea Utara hantar delegasi ke Iran

    PYONGYANG, 24 APRIL - Delegasi ekonomi Korea Utara peringkat tinggi sedang dalam perjalanan ke Iran, kata media negara Korea Utara pada hari ini, untuk...