WHO bimbang penularan COVID-19 di Afrika

GENEVA, 21 JULAI – Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), semalam menyuarakan kebimbangan berhubung penularan COVID-19 di Afrika.

WHO turut memberi amaran peningkatan kes di Afrika Selatan.

Ketua Kecemasan WHO, Michael Ryan memberitahu pihaknya amat prihatin dengan peningkatan kes di benua berkenaan. “Afrika Selatan berdepan situasi membimbangkan dan ia memberi petunjuk apa yang bakal dihadapi oleh benua itu jika tindakan segera tidak diambil.

“Ia merupakan peringatan terhadap apa yang akan bakal terjadi di seluruh Afrika,” katanya.

Menurut Ryan, penularan COVID-19 di Afrika Selatan bermula lebih awal daripada di negara Afrika lain.

Katanya, ia pertama kali merebak di kawasan berpendapatan tinggi tetapi kini merebak ke penempatan golongan miskin dan luar bandar. – AFP