Thursday, April 25, 2024
29.9 C
Brunei

    -

    WHO bincang cacar monyet kecemasan global

    GENEVA, 24 JUN – Satu jawatankuasa khas Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mula bermesyuarat kelmarin untuk memutuskan sama ada cacar monyet perlu diisytiharkan sebagai “kecemasan kesihatan awam” global, di tengah-tengah penularan wabak itu di kebanyakan negara-negara Eropah.

    Dalam pada itu, jawatankuasa itu juga akan menasihati ketua WHO sama ada wabak itu mencetuskan Kecemasan Kesihatan Awam yang menjadi Kebimbangan Antarabangsa (PHEIC), iaitu peringkat amaran tertinggi WHO. 

    Sejak awal Mei, kes cacar monyet telah direkodkan di pelbagai negara bukan endemik, termasuk laporan penularan di beberapa negara endemik, menurut WHO. 

    Setakat 21 Jun, sebanyak 2,746 kes cacar monyet telah dikenal pasti di 29 negara di seluruh rantau Eropah.

    Kebanyakan kes dilaporkan mempunyai sejarah perjalanan ke negara-negara di Eropah dan Amerika Utara berbanding negara-negara endemik seperti Afrika Barat atau Afrika Tengah.

    Ini merupakan pertama kali kes dan kluster cacar monyet dilaporkan secara serentak di pelbagai negara yang memiliki keadaan geografi berbeza.

    “Kebanyakan kes yang dilaporkan setakat ini telah dikenal pasti melanggan perkhidmatan seksual, kebanyakannya membabitkan golongan gay,” menurut WHO.

    Sehingga kini ada sembilan jawatankuasa kecemasan di bawah pengawalan kesihatan antarabangsa termasuk dua mengenai polio dan COVID. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...