WHO: Eropah boleh perangi virus tanpa sekatan

COPENHAGEN, 20 OGOS – Eropah boleh memerangi koronavirus tanpa sekatan sepenuhnya memandangkan pihak berkuasa lebih bersedia dan memperoleh pengetahuan dalam memeranginya beberapa bulan ini, kata Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) hari ini.

“Dengan langkah asas dan tambahan di seluruh negara, kami berada dalam kedudukan lebih baik untuk menghapus kebangkitan virus,” beritahu ketua WHO cabang Eropah, Hans Kluge, kepada wartawan.

“Kami mampu mengendali virus dan mengekalkan operasi ekonomi dan sistem pendidikan,” tambah beliau.

Eropah telah melihat pertambahan dalam jumlah kes sejak dua bulan lalu, katanya.

Pada minggu pertama Ogos, 40,000 kes tambahan dilaporkan berbanding minggu pertama Jun apabila kes berada pada tahap paling rendah. – AFP