WHO gesa bangunkan vaksin pelalian GBS

GENEVA, 3 NOV – Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menggesa pembangunan segera vaksin bagi melawan sejenis bakteria yang menyebabkan hampir 150,000 anak damit meninggal dunia ketika atau baharu dilahirkan setiap tahun.

Laporan baharu WHO serta Sekolah Perubatan Tropikal dan Kebersihan London (LHSTM) mendapati kesan jangkitan bakteria Streptococcus Kumpulan B (GBS), adalah punca kelahiran pramatang serta kecacatan lebih besar dalam kalangan anak damit. Bakteria ini dikatakan menyebabkan hampir 100,000 kematian anak damit baru lahir dan kira-kira 50,000 kematian anak damit ketika lahir setiap tahun.

GBS dikatakan punca kepada lebih setengah juta kelahiran tidak cukup bulan setiap tahun, yang membawa kepada ketidakupayaan ketara jangka panjang.

Sementara itu, Prof Joy Lawn yang mengetuai Pusat Kesihatan Ibu, Remaja, Reproduktif dan Kanak-kanak (MARCH) bersetuju yang vaksinasi berkenaan boleh menyelamatkan nyawa ratusan ribu anak damit dalam tempoh beberapa tahun lagi. – AFP