Saturday, January 28, 2023
23.2 C
Brunei

-

WHO gesa dana atasi malaria

GENEVA, 8 DIS – Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) hari ini menggesa lebih banyak dana untuk membantu mengatasi cabaran dalam usaha menentang malaria, yang terus membunuh ratusan ribu kanak-kanak Afrika setiap tahun.

Dalam laporan baharu, agensi kesihatan PBB itu berkata kes dan kematian malaria, yang meledak pada 2020 ketika krisis COVID menjejas kempen perlindungan dan rawatan, masih kekal pada tahap amat tinggi tahun lalu.

Namun ia juga menekankan cabaran lain yang perlu diatasi, termasuk pembiayaan penderma yang terhad, kesan perubahan iklim dan mutasi dalam parasit yang menyebabkan malaria sekali gus menjadikannya tidak berkesan terhadap rawatan.

Ia mengingatkan dunia gagal mencatat kemajuan dan ‘tidak berada dalam landasan betul’ untuk mencapai matlamat mengurangkan kes dan kematian malaria sebanyak 90 peratus menjelang 2030, menegaskan pembiayaan dana lebih dua kali ganda diperlukan.

“Kami berdepan banyak cabaran, namun timbulnya harapan,” kata Ketua WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus dalam satu kenyataan.

“Dengan mengukuhkan respons, memahami dan mengurangkan risiko, membina ketahanan dan mempergiat penyelidikan, timbulnya harapan untuk mencapai masa depan tanpa malaria.” – AFP

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Korea S sokong hantar bantuan kepada Korea U

SEOUL, 27 JAN – Kerajaan Korea Selatan hari ini berkata bahawa ia akan membantu usaha orang awam untuk menyalurkan bantuan kemanusiaan kepada Korea Utara...
- Advertisment -