Thursday, April 25, 2024
29.9 C
Brunei

    -

    WHO gesa pejabat di Moscow ditutup

    COPENHAGEN, 6 MEI – Pejabat Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) Eropah akan menimbang satu resolusi pada minggu depan menggesa penutupan pejabat WHO di Moscow berhubung serangan Rusia ke atas Ukraine, kata badan kesihatan itu hari ini.

    Sesi khas pejabat serantau agensi kesihatan PBB untuk Eropah selama dua hari telah dirancang diadakan pada 10 Mei untuk membincang isu berkenaan.

    Seramai 43 anggota WHO rantau Eropah – yang terdiri daripada 53 buah negara, termasuk beberapa di tengah Asia – telah menghantar surat dengan cadangan tersebut kepada pengarah serantau WHO untuk Eropah, Hans Kluge.

    Surat itu, dihantar pada 28 April menggesa sesi khas untuk ‘menimbang situasi kesihatan di Ukraine dan kesan lebih luas perang berterusan ke atas isu kesihatan di rantau dan juga luar negara,” kata WHO Eropah dalam satu kenyataan. Dalam surat itu, penulis mendapati perang memberikan ‘kesan teruk ke atas sistem kesihatan Ukraine, mengehadkan akses kepada ubat-ubatan, kemudahan dan perkhidmatan kesihatan.’

    Resolusi juga meminta Kluge supaya ‘meninjau opsyen’ untuk Pejabat Pencegahan dan Kawalan Penyakit Tidak Berjangkit WHO Eropah, berpangkalan di Moscow, dan menimbang untuk memindahkan pejabatnya ke luar Rusia.’ – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...