Saturday, April 20, 2024
24.4 C
Brunei

    -

    WHO gesa sekatan perniagaan hijau dibatalkan

    GENEVA, 7 NOV – Pertubuhan Perdagangan Sedunia (WTO) hari ini menggesa negara-negara supaya membatalkan sekatan perniagaan dalam barangan dan perkhidmatan alam sekitar demi membantu memerangi perubahan iklim.

    Laporan Perniagaan Dunia itu keluar ketika pemimpin dunia berkumpul di Sharm el-Sheikh untuk menghadiri sidang kemuncak COP27, Persidangan Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu 2022 yang dibuka semalam dan berlangsung sehingga 18 November.

    WTO berkata adalah mengelirukan memikirkan bahawa perniagaan merupakan sumber pelepasan gas rumah hijau, berkata perniagaan juga boleh membantu menyebar inovasi dan teknologi hijau.

    “Perniagaan merupakan elemen baik untuk iklim, dan sebahagian daripada penyelesaian untuk mencapai peralihan karbon rendah, berdaya tahan dan adil,’ kata pengarah WTO Ngozi Okonjo-Iweala dalam laporan.

    “WTO menganggarkan pengurangan tarif dan bukan tarif ke atas barangan alam sekitar berkaitan tenaga mungkin menambah jumlah eksport produk berkenaan sebanyak lima peratus menjelang 2030 dan, pada masa yang sama, membawa kepada pengurangan pelepasan karbon,” kata bekas menteri kewangan dan luar negeri Nigeria itu. – AFP

    Seorang peserta berjalan di depan glob planet Bumi di Pusat Persidangan Antarabangsa Sharm el-Sheikh pada hari pertama siding kemuncak iklim COP27 di Mesir pada 6 November. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...