Saturday, April 20, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    WHO keluar amaran haiwan pertama dijangkiti cacar monyet

    GENEVA, 18 OGOS – Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memberi amaran kepada individu yang dijangkiti cacar monyet untuk elakkan daripada mendedahkan haiwan kepada virus, berikutan kes pertama penularan dari manusia ke anjing yang dilaporkan.

    Kes pertama penularan cacar monyet dari manusia ke anjing antara dua lelaki dan anjing greyhound Itali mereka yang tinggal bersama di Paris, dilaporkan minggu lalu dalam jurnal perubatan The Lancet.

    Pakar kesihatan berkata, ia merupakan kes pertama seumpamanya dan menegaskan adalah penting untuk mengasingkan diri daripada haiwan peliharaan yang dijangkiti.

    “Kes tersebut adalah pertama yang dilaporkan penularan manusia ke haiwan, dan kami percaya ia adalah kes pertama seekor anjing dijangkiti,” kata Rosamund Lewis, ketua teknikal WHO untuk cacar monyet kepada wartawan.

    Dia juga memberi amaran tentang keperluan utuk membuang sampah dengan berhati-hati bagi mengurangkan risiko menjangkiti haiwan lain. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...