Friday, April 19, 2024
24 C
Brunei

    -

    WHO: Kes COVID meningkat di 110 buah negara

    GENEVA, 30 JUN – Jumlah kes baharu koronavirus telah meningkat 18 peratus pada minggu lalu dengan lebih 4.1 juta kes dilaporkan di seluruh global, menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

    Agensi kesihatan di bawah PBB itu berkata dalam laporan mingguan terkini berhubung pandemik itu, jumlah kematian seluruh dunia kekal sama seperti minggu sebelumnya, sekitar 8,500. Kematian berkaitan COVID meningkat di tiga rantau: Timur Tengah, Asia Tenggara dan Amerika.

    Kenaikan mingguan paling besar dalam kes COVID telah disaksikan di Timur Tengah, di mana ia telah meningkat sekitar 47 peratus, menurut laporan yang disiarkan lewat kelmarin.

    Jangkitan meningkat sekitar 32 peratus di Eropah dan Asia Tenggara dan sekitar 14 peratus di Amerika, menurut WHO.

    Ketua Pengarah WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus berkata kes-kes itu meningkat di 110 buah negara, terutamanya dipacu oleh varian Omicron, BA.4 dan BA.5.

    Orang ramai memakai pelitup muka di platform bawah tanah di Paris pada 30 Jun. Kes-kes virus meningkat pantas di Perancis dan negara lain Eropah selepas sekatan COVID dilonggarkan. – AP

    “Pandemik ini berubah, namun ia belum tamat,” kata Tedros minggu ini semasa taklimat media.

    Menurutnya, keupayaan untuk mengesan evolusi genetik COVID ber-ada ‘di bawah ancaman’ ketika negara-negara melonggarkan pemantauan dan usaha penjujukan genom, memberi amaran yang ia akan membuatnya lebih sukar untuk mengatasi varian baharu yang berpotensi berbahaya dan berkembang.

    Beliau juga menyeru negara-negara untuk mengimunisasi penduduk rentan, termasuk kakitangan kesihatan dan warga emas, mengatakan ratusan juta masih belum divaksin dan berisiko menghidap penyakit teruk dan meninggal dunia.

    Tedros berkata sementara lebih 1.2 bilion vaksin COVID telah diberikan di seluruh dunia, kadar purata imunisasi di negara-negara miskin adalah sekitar 13 peratus.

    “Jika negara-negara kaya telah memvaksin kanak-kanak semuda enam bulan dan merancang untuk melakukan pusingan vaksinasi selanjutnya, tindakan itu tidak dapat difahami bagi menyarankan negara-negara berpendapatan rendah untuk tidak divaksinasi dan memberi dos penggalak kepada orang paling berisiko,” ujarnya.

    Menurut jumlah yang dikumpulkan oleh Oxfam dan People’s Vaccine Alliane, kurang daripada setengah 2.1 bilion vaksin yang dijanjikan oleh Kumpulan Tujuh (G7) telah dihantar kepada negara-negara miskin. – AP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Polis Australia selesaikan misteri kokain hanyut

    SYDNEY, 18 APRIL - Polis Australia telah menahan seorang lelaki didakwa menjadi dalang di sebalik komplot penyeludupan dadah yang gagal, mengakibatkan batu-bata kokain misteri...