WHO: Ketaksaksamaan agihan vaksin halangan terbesar tamatkan pandemik

GENEVA, 23 JULAI – Ketaksaksamaan agihan vaksin menjadi halangan terbesar dunia untuk menamatkan pandemik COVID-19, lapor agensi berita Anadolu memetik kenyataan Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) Tedros Adhanom Ghebreyesus.

Menurutnya, pengagihan vaksin COVID-19 yang tidak adil bakal memberi kesan terhadap pemulihan sosioekonomi di negara berpendapatan rendah dan sederhana untuk tempoh jangka panjang jika tiada tindakan segera diambil bagi mengatasi masalah itu. 

“Pembahagian vaksin secara tidak adil menjadi halangan terbesar dunia menamatkan wabak COVID-19,” kata Tedros, yang kini berada di Jepun. 

Pada saat negara kaya membelanjakan trilion untuk pemulihan ekonomi, tumpuan juga perlu diberikan dalam usaha untuk memastikan agihan vaksin secara adil segera dilaksanakan.

Menurut agensi berita Anadolu, data terbaharu Tabung Kewangan Antarabangsa, Bank Dunia, UNICEF dan Gavi, mendapati pelaksanaan program vaksinasi serta pemulihan ekonomi adalah lebih cepat di negara kaya berban-ding negara miskin. – Bernama