Tuesday, August 16, 2022
27.1 C
Brunei

WHO: Langkah perangi Delta juga berkesan untuk Omicron

-

MANILA, FILIPINA, 3 DIS – Pegawai-pegawai Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) di Pasifik Barat berkata, penutupan sempadan yang dilaksanakan oleh beberapa buah negara mungkin memberi masa untuk menangani varian koronavirus Omicron, tetapi langkah-langkah yang dikuatkuasakan dan pengalaman yang didapati ketika menangani varian Delta patut menjadi asas dalam memerangi pandemik berkenaan.

Sementara beberapa buah negara serantau berdepan peningkatan, kes-kes COVID-19 dan kematian akibatnya di kebanyakan negara yang lain telah berkurangan dan mendatar, Pengarah Serantau WHO bagi Pasifik Barat, Dr Takeshi Kasai memberitahu pemberita hari ini dalam sidang berita maya yang disiarkan dari Manila.

“Kawalan sempadan boleh menangguhkan kemasukan virus ini. Tetapi setiap negara dan setiap komuniti mesti bersedia bagi peningkatan baharu dalam jumlah kes,” Kasai berkata.

“Berita baik dalam semua ini adalah tiada maklumat yang ada pada masa ini mencadangkan kita perlu mengubah haluan tindak balas kita,” tambahnya. – AP

- Advertisment -

DISYORKAN UNTUK ANDA

Iran nafi terbabit serangan Salman Rushdie

TEHRAN, 15 OGOS – Pegawai kerajaan Iran hari ini menafikan Tehran terbabit dalam serangan yang mencederakan penulis kontroversi, Salman Rushdie di Amerika Syarikat (AS)...

China lancar latihan baharu

- Advertisment -