WHO lulus protokol ujian perubatan tradisional

BRAZZAVILLE, 20 SEPT – Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) meluluskan protokol menguji perubatan herba Afrika semalam sebagai rawatan berpotensi untuk COVID-19 dan wabak lain.

COVID-19 mencetuskan cadangan untuk menggunakan perubatan tradisional sebagai antara usaha rawatan dan kelulusan itu adalah satu galakan untuk usaha seumpamanya dibangunkan di makmal di Asia, Eropah atau Amerika Syarikat (AS).

Ia diputuskan beberapa bulan selepas cubaan presiden Madagascar untuk mempromosikan sejenis minuman berasaskan artemisia, sejenis tumbuhan yang terbukti berkesan menangani malaria.

Semalam, pakar WHO dan rakan sejawat dari dua pertubuhan lain meluluskan protokol ujian klinikal fasa III perubatan herba untuk COVID-19.

“Ia turut merangkumi syarat dan rujukan pembentukan data dan lembaga pemantauan keselamatan untuk ujian klinikal perubatan herba.

“Fasa III ujian klinikal adalah perlu dalam menilai keselamatan dan keberkesanan produk perubatan baharu,” katanya dalam satu kenyataan. – AFP