Monday, October 2, 2023
23 C
Brunei

    -

    WHO luluskan dua rawatan baharu COVID-19

    PARIS, 14 JAN – Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) meluluskan dua rawatan baharu COVID-19 hari ini, mengembangkan peralatan berserta vaksin untuk mengelakkan penyakit teruk dan kematian akibat virus tersebut.

    Berita itu datang ketika kes Omicron memenuhi hospital di seluruh dunia dengan WHO meramalkan separuh daripada Eropah akan dijangkiti menjelang Mac.

    Dalam cadangan mereka dalam jurnal perubatan Britain BMJ, pakar WHO berkata ubat arthritis, baricitinib yang digunakan bersama kortikosteroid untuk merawat pesakit COVID-19 yang teruk atau kritikal membawa kepada kadar kelangsungan hidup yang lebih baik dan mengurangkan keperluan untuk alat bantuan pernafasan.

    Pakar juga mengesyorkan rawatan antibodi sintetik Sotrovimab untuk orang yang menghidap COVID-19 tidak serius yang berisiko tinggi dimasukkan ke hospital, seperti warga emas, orang yang mengalami kelemahan sistem imun atau penyakit kronik seperti diabetes.

    Faedah Sotrovimab untuk orang yang tidak berisiko dimasukkan ke hospital dianggap tidak penting dan WHO berkata keberkesanannya terhadap varian baharu seperti Omicron ‘masih tidak pasti’.

    Hanya tiga rawatan lain untuk COVID-19 telah mendapat kelulusan WHO, bermula dengan kortikosteroid untuk pesakit yang sakit teruk pada September 2020. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Ikan paus langgar bot, 1 maut, 1 cedera  

    SYDNEY, 1 OKT - Seorang lelaki maut dan seorang lagi cedera selepas seekor ikan paus melanggar sebuah bot di luar pantai timur Australia, kelmarin,...

    Singa baham tuan