WHO: Pelan COVID-19 perlukan lebih AS$23 bilion

GENEVA, 28 OKT – Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) berkata hari ini rancangannya untuk mendapatkan dan menghantar vaksin, ujian serta rawatan untuk memerangi pandemik akan memerlukan perbelanjaan sekitar AS$23.4 bilion dalam tempoh 12 bukan akan datang.

Dana bagi Akses WHO bagi COVID Tools Accelerator itu – yang bertujuan menjadi alat untuk membangun, menghasilkan, mendapatkan dan mengagihkan bagi menangani pandemik – akan membantu memerangi ketaksamaan global dalam kempen itu.

WHO berkata menyampaikan rancangannya itu akan dapat mencegah sekitar lima juta potensi kematian tambahan dalam kira-kira hampir lima juta yang sudah direkodkan kini, menurut jumlah AFP dari sumber rasmi.

“Kerjasama ACT-Accelerator daripada pelbagai agensi kesihatan utama global memerlukan AS$23.4 bilion untuk membantu negara-negara paling berisiko untuk mendapatkan peralatan COVID-19 bermula sekarang hingga September 2022,” kata WHO dalam satu kenyataan.

“Jumlah tersebut tidak banyak jika dibandingkan dengan trilion dolar dalam kerugian ekonomi yang disebabkan oleh pandemik dan kos rancangan rangsangan untuk menyokong pemulihan negara.”

Ketua WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus berkata ‘untuk menamatkan pandemik, kerajaan, pembekal dan penderma perlu sepenuhnya membiayai ACT-Accelerator untuk menangani ketaksamaan dalam akses kepada vaksin, ujian dan rawatan COVID-19’. – AFP