COPENHAGEN, 30 OKT – Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) di Eropah berkata semalam sekatan di seluruh negara harus dianggap sebagai ‘pilihan terakhir’ walaupun ketika ia mengatakan benua itu kembali menjadi ‘pusat’ wabak.
Sementara penutupan komuniti akan ‘memutuskan penularan dan memberikan sistem kesihatan ruang yang diperlukan untuk berpulih,’ ia juga datang pada kos yang besar, kata pengarah serantau WHO untuk Eropah, Hans Kluge dalam satu kenyataan yang di-sampaikan dalam mesyuarat tergempar menteri-menteri kesihatan Eropah.
Tatkala semakin banyak negara Eropah mengamalkan langkah drastik untuk mengawal penularan, Kluge juga berkata respons yang kukuh tidak semestinya bermakna sekatan ketat yang dilihat pada musim bunga.
Keburukan sekatan negara termasuk kesihatan mental yang lemah, pertambahan dalam keganasan rumah tangga dan kemusnahan kepada ekonomi, beliau mengingatkan.
“Berdasarkan realiti berkenaan, kami menganggap sekatan negara sebagai pilihan terakhir disebabkan ia memintas kemungkinan untuk membabitkan semua orang dalam langkah asas dan efektif.” – AFP