WHO: tiada penyelesaian bagi COVID -19

GENEVA, 4 OGOS – Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengatakan kelmarin bahawa ia telah menyelesaikan kerja-kerja asas di China untuk menyiasat asal-usul wabak koronavirus dan memberi amaran mungkin tiada penyelesaian bagi COVID-19.

Ketua WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus mendesak kerajaan dan rakyat memberikan perhatian kepada langkah-langkah dasar untuk mencegah pandemik, seperti ujian virus, mengesan kontak, menjaga penjarakan fizikal dan memakai penutup mulut dan hidung.

“Kita semua berharap dapat memiliki sejumlah vaksin yang berkesan yang dapat membantu mencegah orang ramai daripada dijangkiti,” kata Tedros pada sidang media maya.

“Namun, saat ini tidak ada vaksin dan mungkin tidak akan pernah ada.

Asas kesihatan awam paling berkesan buat masa ini, tambah Tedros, dengan mengatakan bahawa memakai penutup mulut dan hidung menyalurkan mesej kuat kepada orang di sekitar anda bahawa kita bersama-sama dalam hal ini.”

WHO mengatakan selepas menyelesaikan pekerjaan dasar di China untuk menyelidiki asal-usul wabak koronavirus, memberi amaran mungkin tidak ada penyembuh untuk COVID-19. – AFP

Jangkitan meningkat di beberapa negara di seluruh dunia, tetapi Tedros menegaskan bahawa betapa buruk keadaannya sebelum ini, contoh-contoh terdahulu seperti di Korea Selatan menunjukkan ia boleh jadi bertambah buruk.

“Apabila para pemimpin bekerja keras dan mengekangnya bersama rakyat, maka penyakit ini akan dapat dikawal,” katanya.

Wabak koronavirus telah membunuh hampir 690,000 orang dan menjangkiti sekurang-kurangnya 18.1 juta orang sejak wabak itu muncul di Wuhan, China pada Disember lalu, menurut penghitungan dari sumber rasmi yang diselaraskan oleh AFP.

Pada Mei lalu, WHO mendesak China menjemput pakar bagi membantu siasatan untuk mengenal pasti haiwan yang menjadi punca virus COVID-19.

Pada 10 Julai, WHO menghantar pakar epidemiologi dan kesihatan haiwan ke Beijing untuk meneliti kawasan wabak bagi mengenal pasti punca penyebaran virus hingga menjangkiti manusia itu.

Menurut misi kumpulan pakar terbabit kini sudah selesai. “WHO dan pakar China sudah merangka terma rujukan bagi program dan kajian bagi pasukan antarabangsa, diketuai WHO,” katanya. – AFP