WHO tidak setuju pengenalan pasport vaksin setakat ini

KUALA LUMPUR, 7 APRIL – Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) membantah pengenalan pasport vaksin buat masa ini, dengan alasan ia mungkin akan memburukkan lagi masalah akses vaksin yang tidak adil dalam kalangan banyak negara.

Bercakap pada sidang media maya sempena Hari Kesihatan Sedunia, Pengarah Kecemasan Serantau untuk Wilayah Pasifik Barat WHO (WPR) DrBabatundeOlowokure berkata walaupun mereka memahami pentingnya pemulihan ekonomi pelancongan antarabangsa negara, namun bekalan vaksin global ketika ini amat terhad untuk membolehkan pengenalan pasport vaksin.

“Pendirian WHO ketika ini ialah pihak berkuasa negara dan pihak berkuasa perjalanan tidak boleh memperkenalkan satu bentuk bukti vaksinasi COVID-19 untuk perjalanan antarabangsa sebagai syarat bagi pelepasan atau ketibaan (sesebuah negara). Bekalan global yang terhad adalah faktornya. Vaksinasi pilihan bagi pelancong boleh menyebabkan bekalan vaksin yang menyusut bagi mereka yang dianggap berisiko,” tambahnya.

Beliau berkata kekurangan data mengenai sama ada vaksin dapat mencegah jangkitan dan penularan koronavirus juga merupakan satu lagi faktor yang menolak pengenalan pasport vaksin.

Olowokure juga memberi amaran terhadap ‘optimisme vaksin’, dengan mengatakan langkah-langkah kesihatan awam seperti penggunaan penutup mulut dan hidang dan kebersihan tangan masih harus diteruskan walaupun sudah ada vaksinasi.

Beberapa negara termasuk Malaysia, telah menimbangkan keperluan bukti vaksinasi bagi pelancong, dan beberapa hospital swasta di Malaysia dilihat menyokong idea ini bulan lepas, dengan mengatakan pasport vaksin akan membantu pemulihan industri pelancongan perubatan di sini.

WHO-WPR juga mengumumkan rancangan untuk membangunkan jaringan pengawasan genom serantau dengan negara-negara anggota Singapura, Jepun, dan Australia, bagi menyediakan penjujukangenom virus untuk negara-negara yang tidak memiliki kemampuan berbuat demikian.

Pengarah wilayah WHO-WPR, DrTakeshi Kasai berkata dengan jaringan pengawasan itu, ia akan membantu mereka mengesan varian baharu dan terkini COVID-19, di samping penyakit yang baharu muncul.

WHO turut mencadangkan negara-negara menggunakan vaksin AstraZeneca-Oxford, dengan mengatakan kajian menunjukkan bahawa vaksin itu tidak membawa kepada kematian akibat darah beku. – Bernama

Gambar bertarikh 23 Mac menunjukkan telefon pintar dengan aplikasi MinSundhed dan pautan pasport Corona yang diper-kenalkan di Denmark pada 6 April. – AFP