WHO uji tiga ubat rawat COVID-19

GENEVA, 12 OGOS – Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) kelmarin telah mengumumkan ujian antarabangsa terhadap tiga jenis ubat untuk menentukan sama ada ia boleh digunakan untuk merawat pesakit COVID-19 di hospital.

Ketua Pengarah WHO, Tedros Adhanom Ghe-breyesus, berkata ia membabitkan ujian penggunaan ubat jenis artesunate, imatinib dan infliximab ke atas ribuan pesakit sukarelawan di 600 hospital di 52 negara.

“Mencari terapi yang lebih berkesan dan mudah diakses untuk pesakit COVID-19 masih menjadi keperluan yang kritikal.

Artesunate digunakan bagi rawatan malaria yang kritikal manakala imatinib pula adalah ubat untuk kanser tertentu dan infliximab pula merawat penyakit sistem imun seperti Crohn dan rheumatoid arthritis.

Beliau berkata, kajian di puluhan buah negara akan dilaksanakan mengikut bebe-rapa rawatan menggunakan protokol yang sama, sekali gus akan menghasilkan anggaran terhadap kesan ubat kepada pesakit. – AFP