Saturday, April 20, 2024
24 C
Brunei

    -

    WHO: wabak cacar monyet bukan kecemasan kesihatan awam

    GENEVA, 26 JUN – Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) kelmarin telah mengumumkan penyakit cacar monyet yang kini merebak di lebih 50 negara belum boleh dikategorikan sebagai Kecemasan Kesihatan Awam antarabangsa, tahap amaran tertinggi WHO, menurut laporan Xinhua.

    Walau bagaimanapun, menurut sebahagian anggota Jawatankuasa Kecemasan WHO dalam satu laporan selepas bermesyuarat pada Khamis lalu, risiko jangkitan telah merebak lebih meluas serta semakin meningkat ke atas populasi dan tidak boleh dibiarkan.

    Laporan itu juga menyatakan aktiviti virus cacar monyet telah diabaikan dan tidak dikawal dengan baik selama bertahun-tahun di negara-negara di Wilayah Afrika WHO.

    “Mesyuarat yang diadakan oleh jawatankuasa itu sendiri mencerminkan kebimbangan yang semakin meningkat terhadap penularan cacar monyet di peringkat antarabangsa,” kata Ketua Pengarah WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus dalam satu kenyataan kelmarin.

    Beliau berkata, jawatankuasa itu juga bersedia untuk bertemu semula bagi menilai perkembangan wabak berkenaan. Jawatankuasa itu turut menggariskan beberapa syarat untuk penilaian semula perlu dibuat seperti peningkatan kadar pertumbuhan kes yang dilaporkan dalam tempoh 21 hari akan datang, penularan jangkitan yang lebih ketara di dalam dan ke luar negara, pertambahan bilangan kes melibatkan kumpulan rentan, peningkatan morbiditi, kematian dan kadar kemasukan ke hospital.

    Tedros juga menyeru agar pengawasan dan diagnostik dipertingkatkan dengan penglibatan komuniti dan komunikasi risiko, penggunaan terapeutik, vaksin dan langkah kesihatan awam yang sesuai termasuk pengesanan kontak serta kuarantin. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...