Thursday, April 25, 2024
24.7 C
Brunei

    -

    WHO yakin Qatar mampu uruskan risiko COVID

    GENEVA, 29 JUN – Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyuarakan keyakinan bahawa penganjur kejohanan iaitu Qatar mampu menguruskan risiko jangkitan COVID di kejohanan Piala Dunia 2022.

    Tiada sebab untuk berfikir risiko jangkitan akan menjadi tinggi di kejohanan November hingga Disember itu berbanding dengan acara-acara besar lainnya, di mana ia telah diadakan dengan selamat, menurut Pengarah Kecemasan WHO, Michael Ryan.

    “Pengurusan yang betul dalam me-ngendalikan perkumpulan ramai dengan pelan yang betul akan menjadikan pelaksanaan kejohanan tersebut berlangsung dengan selamat,” katanya menerusi interaksi secara langsung dalam akaun Facebook WHO.

    “Kami telah bekerja rapat dengan pihak berkuasa di Qatar, di mana daripada pihak WHO akan memberikan nasihat yang diperlukan oleh mereka tentang bagaimana menjalankan Piala Dunia dengan selamat.

    “Pihak berkuasa kesihatan awam di Qatar telah pun bertindak dalam pengurusan risiko kesihatan awam untuk Piala Dunia tersebut,” katanya lagi. “Secara keseluruhan, tindakan bagi mengawal risiko berkenaan telah pun dijalankan dengan berhati-hati,” tambahnya.

    Sementara itu, sebanyak dua juta tiket secara keseluruhan akan dijual, satu juta tiket tempahan lagi disediakan untuk penaja dan badan jawatankuasa sukan dunia, FIFA. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Korea Utara hantar delegasi ke Iran

    PYONGYANG, 24 APRIL - Delegasi ekonomi Korea Utara peringkat tinggi sedang dalam perjalanan ke Iran, kata media negara Korea Utara pada hari ini, untuk...