Friday, April 19, 2024
23.5 C
Brunei

    -

    Whyte dakwa Fury guna taktik kotor

    LONDON, 26 APRIL – Dillian Whyte telah menuduh Tyson Fury menggunakan taktik kotor semasa kemenangan juara heavyweight WBC itu di Wembley pada Sabtu lalu.

    Fury mengekalkan gelaran juara dunianya dengan kemenangan pusingan keenam menentang Whyte, di mana bintang Britain tersebut menamatkan pertarungan dengan tumbukan atas yang kuat.

    Bagaimanapun, Whyte percaya pengadil sepatutnya menghukum Fury kerana menolaknya sebelum kepalanya terhentak di atas kanvas.

    “Saya terkejut tetapi jelas saya cuba memulihkan diri tetapi dia menolak saya dan kepala saya terhantuk pada kanvas, yang menyalahi undang-undang,” kata Whyte kepada Sky Sports kelmarin.

    “Ini bukan gusti, ini adalah tinju. Saya sepatutnya diberi masa tambahan untuk pulih dan kemudian meneruskan pertarungan.

    Gambar fail menunjukkan aksi Tyson Fury (kiri) melakukan tumbukan terhadap Dillian Whyte semasa pertarungan heavyweight WBC di Stadium Wembley, 23 April. – AP

    “Saya sepatutnya diberikan masa untuk pulih, masa untuk kembali ke sudut saya tetapi Tyson Fury dilepaskan dengan banyak perkara,” tambahnya.

    Whyte mendakwa bahawa Fury menanduknya selepas dia mengalami luka di mata kanannya, kali pertama petinju Britain tersebut mengalami kecederaan dalam 31 pertarungan profesional.

    “Dia terus menyandar ke tepi dan memasukkan kepala ke dalam dan sebagainya,” katanya.

    “Dia menunduk dan meletakkan kepalanya, dia bertelagah dengan saya dan tercedera, setelah itu pengadil mula memberitahu saya.

    “Pertarungan tersebut menjadi agak melampau, sehingga dia mula menumbuk saya di belakang kepala.

    Saya mula melakukannya juga dan kemudian penyokongnya mula membaling air dan barangan.

    “Saya menerima tuduhan tanpa henti, pada hal dia yang menahan, dia yang menanduk dan melakukan taktik kotor dalam pertarungan. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gempa bumi 6.3 magnitud di Jepun cederakan 8 orang

    TOKYO, 18 APRIL – Lapan orang dilaporkan cedera hari ini selepas gempa bumi berukuran 6.3 magnitud melanda barat daya Jepun, tetapi tiada kerosakan besar...