Saturday, April 20, 2024
24.4 C
Brunei

    -

    Wi Ha Joon bimbang dilupakan peminat

    Sambutan hangat penonton terhadap drama Squid Game melonjakkan populariti nama pelakon Wi Ha Joon yang memegang watak Hwang Jun Ho dalam siri tersebut.

    Walaupun semakin dikenali, Ha Joon tidak mahu terus berasa selesa kerana dia sedar peminat boleh melupakan dirinya sekelip mata jika tidak terus konsisten.

    “Apabila Squid Game mendapat respons baik daripada peminat, saya sangat gembira dan pada masa yang sama turut bimbang.

    “Dalam dunia lakonan, peminat akan mudah lupa jika saya tidak muncul dalam mana-mana drama lain. Saya tidak mahu kecewa disebabkan perkara tersebut. Jadi saya harus sentiasa konsisten.

    “Saya sentiasa berfikiran begitu supaya tidak terus selesa,” katanya seperti yang dipetik dari Soompi.

    Dalam pada masa yang sama, Ha Joon sentiasa ingat pesan ibu bapanya supaya merendah diri walau ketika berada di puncak kejayaan.

    “Sejak kecil saya sudah dilatih oleh kedua ibu bapa supaya sentiasa bersikap merendah diri dan tidak terlalu bangga dengan apa yang telah dicapai.

    “Saya tidak mahu gembira hanya sehari sahaja apabila nama mula dikenali. Kalau boleh saya tidak mahu orang menganggap saya sudah berubah,” jelasnya. – Agensi

    Wi Ha Joon mahu terus konsisten dalam bidang lakonan. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...