Monday, August 15, 2022
23 C
Brunei

Widodo gesa Rusia, Ukraine adakan dialog

-

JAKARTA, 26 JUN – Presiden Indonesia dan Pengerusi G20, Joko Widodo hari ini akan berlepas ke Eropah di mana beliau merancang untuk mengunjungi Rusia dan Ukraine dan bertemu pemimpin-pemimpin dari kedua-dua buah negara itu bagi menggesa rundingan damai.

Widodo berlepas ke Jerman bagi menghadiri sidang kemuncak G7 sebagai tetamu dari 26 hingga 27 Jun, dan beliau akan singgah ke ibu kota Ukraine, Kyiv untuk bertemu Presiden Volodymyr Zelensky.

“Misinya ialah untuk meminta Presiden Zelensky untuk membuka pintu dialog keamaan, untuk membina keamanan kerana peperangan ini harus dihentikan,” beliau berkata semasa sidang media di Jakarta.

Kedua-dua pemimpin itu juga akan membincangkan mengenai rantaian bekalan makanan ‘yang perlu diaktifkan semula’ secepatnya, kata Widodo. Selepas kunjungan ke Kyiv, beliau dijadualkan singgah ke Moscow dan bertemu Presiden Vladimir Putin.

Kunjungan ke Moscow dijadualkan pada 30 Jun, menurut pihak berkuasa Indonesia.

“Dengan misi yang sama, saya akan meminta Presiden Putin untuk memulakan dialog dan segera mengadakan gencatan senjata dan menamatkan peperangan,” kata beliau.

Pada awal April, Widodo mengumumkan akan memanggil Zelensky dan menjemputnya untuk menyertai pemimpin-pemimpin dunia di Sidang Kemuncak G20 di Bali pada November 2020 sebagai tetamu. Indonesia menjadi pengerusi G20 tahun ini dan didesak oleh negara-negara barat, dipimpin oleh Amerika Syarikat (AS), untuk tidak membenarkan Rusia daripada menghadiri pertemuan tersebut.

Walau bagaimanapun, Widodo tidak membatalkan jemputan untuk Rusia dan berkata Putin meluahkan hasrat untuk menghadirinya pada November nanti.

Indonesia, sama seperti negara-negara ekonomi utama lainnya, cuba mengekalkan pendirian tidak berpihak dan menggesa untuk penyelesaian aman bagi konflik berbulan-bulan lamanya. – AFP

Joko Widodo akan berlepas ke Eropah untuk mengunjungi Rusia dan Ukraine dan bertemu pemimpin-pemimpin dari kedua-dua buah negara itu bagi menggesa rundingan damai. – AP
Artikel sebelum iniMelaka tersungkur di laman sendiri
Artikel seterusnyaRalat
- Advertisment -

DISYORKAN UNTUK ANDA

Lelaki lepas 5 das tembakan di lapangan terbang ditahan

SYDNEY, 14 OGOS – Seorang lelaki bersenjata melepaskan lima das tembakan di lapangan terbang utama Canberra hari ini, menyebabkan penumpang melarikan diri tetapi tidak...
- Advertisment -