Thursday, March 23, 2023
22.4 C
Brunei

-

Widodo: Pandemik ubah budaya Indonesia

JAKARTA, 16 OGOS – Presiden Indonesia berikrar untuk memperbaiki kaedah ujian dan rawatan COVID-19 dalam perutusannya menjelang hari kemerdekaan Indonesia, mengatakan pandemik merubah budaya Indonesia dalam cara yang akan menjadi asas bagi kemajuan.

Memakai pelitup muka, tidak bersalaman dan mengelak orang ramai yang dahulunya larangan, manakala bekerja dari rumah, pembelajaran jarak jauh, mesyuarat dan perbicaraan maya sudah menjadi amalan ‘yang pernah keberatan kita lakukan,’ kata Presiden Joko Widodo dalam perutusan Hari Kebangsaan ke-76 Indonesia ke seluruh negara.

“Di tengah-tengah gangguan yang dialami dunia hari ini, semangat perubahan, semangat mahu berubah dan semangat berinovasi menjadi asas untuk membina Indonesia lebih maju,” kata Widodo. “Dengan pandemik COVID-19, kepantasan dalam inovasi merupakan sebahagian integrasi dalam hidupan seharian kita,” tambahnya.

Hanya separuh daripada 711 orang ahli parlimen dan senator berada di parlimen menyaksikan Widodo berucap menjelang hari kemerdekaan, dengan selebihnya lagi menyaksikannya secara maya dari jarak jauh mematuhi langkah-langkah jarak fizikal yang dilaksanakan.

Negara keempat paling padat penduduk dunia itu mencecah kemuncak jangkitan tertinggi bulan lalu dengan lebih 50,000 kes baharu, lebih lima kali ganda berbanding jumlah tinggi dalam Jun. Julai juga merupakan bulan paling banyak mencatatkan kematian, dengan lebih 30,100 kematian akibat koronavirus ketika orang ramai membanjiri dan membebankan sistem hospital atau mati di rumah atau ketika menunggu rawatan. Sejumlah 3.8 juta kes dan 118,833 kematian yang masih dianggap kurang daripada jumlah sebenar kerana kadar ujian yang rendah dan langkah-langkah pengesanan kontak yang lemah di negara 270 juta penduduk itu.

Widodo turut menekankan kesemua pemimpin serantau sedang bekerjasama menangani masalah kesihatan dan ekonomi, dengan pentadbirannya akan memperbaiki pengurusan di lapangan terutama dalam bentuk ujian, pengesanan, rawatan dan vaksinasi serta pemerolehan oksigen perubatan.

“Ketersediaan dan kemampuan membeli ubat-ubatan seharusnya terjamin dan tiada toleransi sifar terhadap sesiapa sahaja menghalang misi kemanusiaan dan kebangsaan kita,” jelasnya. – AP

Remaja melompat sambil memegang bendera Indonesia menjelang keraian Hari Kebangsaan Indonesia pada 17 Ogos di Banda Aceh. – AFP
- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Korea S, Jepun perlu lupakan sejarah lampau

SEOUL, 21 MAC - Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol hari ini berkata hubungan dua hala antara Korea Selatan dan Jepun perlu bergerak ke...
- Advertisment -