Wie timang cahaya mata sulung

WASHINGTON, 21 JUN – Bekas juara Terbuka Amerika Syarikat, Michelle Wie bergelar ibu selepas mengumumkan kelahiran anak damit perempuan yang diberi nama Kenna di media sosial, Instagram semalam.

“Anakku Kenna, saya sudah menunggu sepanjang hayat saya untuk bertemu kamu,” kata Wie, yang turut berkongsi gambar sedang memeluk anaknya. Wie yang mendapat gelaran ‘Big Wiesy’ memberitahu nama penuh anaknya, Makenna Kamalei Yoona West.

“Bapa dan mama sangat menyayangi kamu sehingga tidak boleh digambarkan dengan kata-kata,” jelas Wie.

Suami Wie, Jonnie West adalah anak kepada legenda pemain bola keranjang NBA, Jerry West dan Eksekutif pasukan, Golden State Warriors.

West Januari lalu mengumumkan bahawa mereka akan menimang cahaya mata sulung selepas kedua-duanya berkahwin Ogos lalu.

Wie, yang juga juara LPGA lima kali, tidak menyertai sebarang kejohanan sejak gagal melepasi cut dengan margin besar ketika Kejohanan PGA Wanita Jun 2019.

Ketika itu Wie sedang bergelut dengan kecederaan pergelangan tangan kanan. – AFP