SEOUL, 20 NOV – Penumpang yang menggunakan perkhidmatan ‘bas maeul’ di kawasan kejiranan Seoul, kini berpeluang menggunakan WiFi secara percuma, lapor agensi berita Yonhap.
“(Kami) telah selesai memasang rangkaian WiFi (percuma) di semua laluan bas maeul. Menjelang tahun depan kami menyasarkan sebanyak 1,399 bas akan mempunyai perkhidmatan WiFi percuma,” kata kerajaan bandar raya Seoul dalam satu kenyataan.
Bas Maeul – ‘maeul’ bermaksud ‘kampung’ – adalah bas berwarna hijau yang menyediakan perkhidmatan menghubungkan kawasan kejiranan menuju ke perhentian bas utama dan stesen kereta api bawah tanah berdekatan. – Bernama