Wigan ‘makan besar’ benam Hull

LONDON, 15 JULAI – Wigan mempunyai peluang besar untuk bertahan dalam Liga Kejuaraan selepas kelab itu berjaya mengumpul 12 mata setelah berjaya mengalahkan Hull 8-0 dengan West Brom mendapat keputusan seri 0- 0 menentang Fulham pada perlawanan semalam.

Kieran Dowell menjaringkan hatrik ketika Wigan mencipta rekod kemenangan besar baharu dalam liga dengan menjaringkan tujuh gol pada separuh masa pertama dan selamat 12 mata dari zon penyingkiran, sebelum dikenakan potongan mata.

“Kami mendaki gunung tetapi kami tidak berada di puncak,” kata pengurus Wigan, Paul Cook.

Peminat Wigan berkumpul untuk mengumpulkan dana bagi memastikan bekas pemenang Piala FA 2013 itu dapat menghabiskan kesemua perlawanan mereka hingga akhir musim ini setelah kelab itu dimasukkan ke dalam pentadbiran dalam keadaan mencurigakan pada awal bulan ini.

“Kami sangat bangga dengan penyokong dan bandar kami, untuk mengumpulkan dana dan terus memberikan sokongan yang mereka ada dan saya fikir malam ini kami telah membuat yang terbaik untuk membayarnya.

“Bolehkah kami melangkah lebih jauh lagi untuk memberi mereka kepuasan penuh untuk membatalkan dipotong 12 mata? Kita harus terus percaya boleh.” – AFP