Wilayah Itali di bawah zon putih

ROM, 21 JUN – Semua wilayah di Itali kecuali Vald’Aosta kini berada di bawah zon putih (berisiko rendah) pada hari ini selepas Basilicata, Calabria, Campania, Marche, Tuscany, Sicily dan wilayah autonomi Bolzano keluar dari zon kuning (berisiko sederhana), menurut data COVID-19 terkini.

Bermakna hampir semua sekatan COVID-19 negara itu dihentikan, kecuali diwajibkan memakai penutup mulut dan hidung dan menjaga jarak fizikal, lapor ANSA.

Vald’Aosta dijangka bertukar dari zon kuning ke zon putih minggu depan.- Bernama