Monday, December 2, 2024
24.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Wilayah Lombardy sedia laksana perintah berkurung

    ROM, 20 OKT – Wilayah Lombardy di utara Itali bersedia untuk mengenakan perintah berkurung pada waktu tengah malam, langkah paling ketat antikoronavirus yang dikenakan oleh negara tersebut sejak mengurangkan semula perintah berkurung pada musim luruh lalu.

    Perintah berkurung bermula pukul 11 malam hingga 5 pagi dijangka akan bermula pada Khamis malam dan berakhir hingga 13 November.

    Menteri Kesihatan, Roberto Speranza memberi kebenaran pada lewat kelmarin untuk langkah yang lebih ketat dicadangkan oleh kerajaan wilayah tersebut, selepas perjumpaan selama berjam-jam.

    “Ini merupakan inisiatif yang tepat dan secara simbolik yang seharusnya tidak membawa akibat ekonomi yang sangat serius,” kata Presiden Wilayah Attilio Fontana dalam akbar La Repubblica pada hari ini.

    Lebih daripada 10,000 jangkitan baharu COVID-19 direkodkan di Itali pada Jumaat buat pertama kali, dengan wilayah Lombardy menjadi rantau yang paling teruk terjejas, seperti permulaan krisis kesihatan pada bulan Februari.

    Wilayah yang merangkumi pusat kewangan Milan, melaporkan 1,687 kes baharu kelmarin, dengan wilayah utara Campania di Itali mencatatkan 1,593 kes. – AFP

    Penduduk di wilayah Lombardy membeli barang keperluan sebelum dikenakan perintah berkurung sebagai langkah ketat mengawal penularan wabak COVID-19. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda