Wilder nafi elak pertarungan semula

LOS ANGELES, 5 Dis – Deontay Wilder meminta bagi pertarungan semula segera bersama Tyson Fury, menolak dakwaan dari pesaingnya yang berasal dari Britain itu bahawa dia cuba untuk menghindarkan pertarungan semula selepas pertarungan epik heavyweight mereka di Los Angeles.

Wilder mengekalkan gelaran Majlis Tinju Dunia (WBC) pada Sabtu lalu selepas pertarungan 12 pusingan itu berakhir dengan keputusan seri berasingan di Staples Center.

Fury, menurut kebanyakan pemerhati melakukan yang secukupnya untuk menang biarpun dijatuhkan sebanyak dua kali ketika pertarungan itu, baru-baru ini berkata dia takut Wilder akan mengelakkan pertarungan semula ‘dalam apa jua keadaan’.

Bagaimanapun, Wilder, 33, menolak dakwaan itu dalam keadaan yang tegas, berkata pertarungan semula bersama Fury adalah keutamaannya berbanding pertarungan bersama juara WBA, IBF dan WBO, Anthony Joshua.

“Saya bersedia untuk melakukannya sekali lagi,” Wilder memberitahu wartawan pada sidang media. – AFP

Deontay Wilder ketika bercakap dengan media semasa lawatannya ke jabatan bomba di Los Angeles pada 27 November 2018. – AFP