Tuesday, April 16, 2024
31.7 C
Brunei

    -

    Will Arnett menangis tepi jalan, terkenang rumah tangga musnah

    Perpisahan dengan aktres, Amy Poehler selepas sembilan tahun berkahwin bukan sesuatu yang mudah buat aktor Will Arnett.

    Memetik laporan Hollywoodlife, Will mengakui dia pernah menangis di tepi jalan selama satu jam disebabkan terkenangkan perpisahan mereka.

    “Saya pernah memandu kereta dalam perjalanan ke lokasi penggambaran dan berhenti di tepi jalan untuk menangis selama satu jam,” katanya.

    Pelakon BoJack Horseman itu akhirnya bercerai dengan Amy Poehler baru-baru ini selepas sembilan tahun mendirikan rumah tangga.

    Dalam pada itu, Will turut mengakui dia melalui fasa yang sukar selepas perpisahan tersebut disebabkan anak-anak.

    “Ia sangat sukar dan kami mempunyai anak,” ujarnya lagi.

    Pasangan itu mempunyai dua orang cahaya mata iaitu Archie Arnett, 13 dan Abel Arnett yang kini berusia 11 tahun. – Agensi

    Perpisahan dengan Amy Poehler selepas sembilan tahun berkahwin bukan sesuatu yang mudah buat aktor Will Arnett. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sapporo alami musim panas paling awal

    TOKYO, 15 APRIL - Suhu di bandar utara Jepun, Sapporo melepasi 25 darjah Celsius, catatan paling awal dalam mana-mana tahun dalam rekod, kata seorang...