Wednesday, September 28, 2022
32.3 C
Brunei

Will Smith letak jawatan selepas insiden Anugerah Oscar

-

Susulan kontroversi menampar muka pelawak Chris Rock di pentas Anugerah Oscar minggu lalu, pelakon Will Smith akhirnya mengambil keputusan untuk meletak jawatan daripada Akademi Seni dan Sains Motion Picture pada Jumaat lalu.

Menerusi laporan agensi berita Anadolu, Smith menerima semua akibat daripada tindakannya yang dianggap mengejutkan dan sukar untuk dimaafkan.

“Saya sepenuhnya akan menerima sebarang dan semua akibat susulan kelakuan saya. Tindakan saya semasa penyampaian Anugerah Akademi ke-94 adalah mengejutkan, menyakitkan dan tidak boleh dimaafkan,” katanya dalam satu kenyataan.

Sebelum ini, Will Smith bertindak naik ke pentas dan menampar muka pelawak Chris Rock ketika siaran langsung Oscars 2022 mengejutkan ramai pihak.

Situasi mengejutkan berlaku selepas Rock mempersendakan imej isteri Smith iaitu pelakon Jada Pinkett yang tiada rambut.

Will Smith mengakui dia sudah mengkhianati kepercayaan akademi dan berharap dia dapat menebus semula kesalahannya. – Agensi

Bagaimanapun, Smith mengambil langkah memohon maaf secara terbuka kepada Chris Rock menerusi laman Instagram miliknya dan menganggap tindakannya itu dilakukan mengikut emosi.

Dalam pada itu, Smith mengakui dia sudah mengkhianati kepercayaan akademi dan berharap dia dapat menebus semula kesalahannya.

“Saya mengkhianati kepercayaan akademi. Saya menafikan peluang calon dan pemenang lain untuk mereka meraikan dan diraikan atas kerja luar biasa mereka. Saya patah hati.

“Saya mahu memberi tumpuan semula kepada mereka yang patut diberi tumpuan atas pencapaian mereka dan membenarkan akademi kembali melakukan kerja luar biasa untuk menyokong kreativiti dan kesenian dalam perfileman,” katanya.

Berikutan itu, gabenor lembaga akademi berkenaan mengadakan mesyuarat tergempar minggu ini bagi memulakan proses semakan formal yang membolehkan Smith berdepan potensi penggantungan atau pemecatan.

Walaupun meletakkan jawatan, akademi masih boleh memilih untuk mengambil semula anugerah Oscar yang diterima Smith bagi kategori pelakon terbaik dalam filem King Richard.

Bagaimanapun, itu tidak mungkin dan tidak pernah berlaku jika terpalit dengan isu kelakuan. – Agensi

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Jepun beri penghormatan kepada Abe

TOKYO, 27 SEPT – Rakyat Jepun dan perwakilan asing memberikan penghormatan terakhir kepada bekas perdana menteri Shinzo Abe pada majlis pengebumian negara mengundang kontroversi...

Dibunuh hanya kerana salah eja

- Advertisment -