Willet mendahului di Alfred Dunhill Links

ST ANDREWS, UNITED KINGDOM, 3 OKT – Danny Willet membuat pukulan bogey-66 di St Andrews kelmarin untuk menempatkan dirinya di landasan yang tepat untuk menyambut hari jadinya di kejuaraan Alfred Dunhill Links.

Juara Masters 2016 itu menyambut ulang tahun ke-34 tahun hari ini dan selepas bermain dalam keadaan hujan di pusingan ketiga di Old Course, dia akan mendahului tiga pukulan dalam peringkat akhir di Scotland dengan 14 bawah par.

Bintang Piala Ryder, Tyrrell Hatton dan Shane Lowry tidak kelihatan gentar selepas kekalahan 19-9 pasukan Eropah di tangan Amerika Syarikat minggu lepas, dengan kedudukan seri untuk tempat kedua dengan pemain England, Richard Bland dan pemain Ireland, John Murphy.

Willet merupakan pemain Piala Ryder ketika dia menang jaket hijau tetapi jatuh di kedudukan ke-462 dunia sebelum memenangi dua acara siri Rolex jelajah Eropah pada tahun 2018 dan 2019.

Dia telah bergelut dengan koronavirus, masalah gigi, beberapa masalah lain dan telah jatuh dalam kedudukan dunia ke-170.

Tetapi setelah membuat tiga pukulan birdie dalam keadaan yang mengizinkan, dia mampu untuk bangkit kembali menebus dirinya.

Hatton, pemenang acara dua kali, mendahului empat pukulan selepas melakukan empat pukulan birdie berturut-turut tetapi dia merekod pukulan hatrik bogey dari lubang ke-13 untuk mendapat 71 mata. – AFP

Aksi pemain England, Danny Willet membuat pukulan di lubang ketiga dalam Kejuaraan Alfred Dunhill Links di St Andrews kelmarin. – AP