Williams dikuarantin, terlepas dua perlawanan NBA

MIAMI, 27 JULAI – Pemain Los Angeles Clippers, Lou Williams akan terlepas sekurang-kurangnya dua perlawanan ketika musim NBA kembali semula apabila beliau menjalani kuarantin selama 10 hari setelah mengambil cuti kecemasan keluarga secara tidak wajar.

Pemain dari 22 pasukan NBA ditempatkan di hotel dan bermain di tempat tertutup di Walt Disney World di Orlando, Florida, untuk menyambung semula musim 2019-20 pada Khamis ini selepas penutupannya pada 11 Mac lalu akibat wabak COVID-19.

Williams menjadi pemain Clippers ketiga yang diberi kebenaran keluar untuk kecemasan keluarga, yang telah mengganggu latihan bersama pasukan ketika dia bersiap untuk kembali pada perlawanan Khamis ini menentang Los Angeles Lakers yang dipimpin oleh LeBron James.

Pemain yang keluar Walt Disner akan menjalani ujia setiap hari ketika berada di luar dan mesti menghabiskan sekurang-kurangnya empat hari dikuarantin di bilik hotel mereka setelah mereka kembali, dengan pakar perubatan akan melanjutkan tempoh kuarantin itu hingga 10 hari jika mereka merasa perlu. – AFP

Gambar fail pada 22 Februari lalu, Lou Williams dari LA Clippers semasa menentang Sacramento Kings di Staples Center di Los Angeles, California. Lou Williams akan terlepas sekurang-kurangnya dua perlawanan ketika menjalani kuarantin 10 hari. – AFP