LONDON, 7 Ogos – Pemain antarabangsa Brazil, Willian menyuntik semangat Chelsea selepas mengakui untuk kekal bersama kelab Liga Perdana itu sementara masa depan Thibaut Courtois dan Eden Hazard masih samar.
Willian juga dikaitkan untuk keluar dari Stamford Bridge tetapi Chelsea menolak tawaran Barcelona semasa jendela perpindahan dibukakan dan pelantikan Maurizio Sarri untuk menggantikan Antonio Conte sebagai pengurus, kelihatan memudahkan untuk pemain sayap itu berpindah.
Selepas Chelsea menjuarai Piala FA sekali gus perlawanan terakhir Conte, Willian yang hanya memanaskan bangku simpanan telah memuat naik gambar di Instagram dengan gambar pengurus dari Itali itu dihalang dengan tiga emoji trofi sementara seluruh pasukan meraikan kejuaraan itu. “Saya pemain Chelsea,” beritahu Willian kepada ESPN Brasil.
“Saya sudah menjelaskan bahawa saya mahu kekal di kelab ini.
“Hanya Barcelona sahaja yang membuat tawaran secara rasmi.
“Tetapi saya akan kekal di sini dan akan terus beraksi di kelab ini melainkan pihak kelab mahu menjual saya tetapi saya akan kekal di sini.” Rakan senegara dan sepasukannya, David Luiz menyeru Courtois dan Hazard untuk kekal selepas beraksi untuk Belgium di Piala Dunia.
Hazard mempunyai kontrak yang berakhir pada 2020 dan menyaksikan tawaran kontrak baharu terjejas dan menjadi topik hangat mengenai perpindahannya ke Real. – AFP